MAJLIS HIMPUNAN AMAL BELIA KOTA BHARU
Sukacita di maklumkan bahawa JABATAN AMAL KAWASAN KOTA BHARU akan menganjurkan "MAJLIS HIMPUNAN AMAL BELIA KOTA BHARU" seperti berikut :

TARIKH : 2 APRIL 2011 (SABTU)
TEMPAT : JKR 10, KG. SIREH
MASA : 8.00 MALAM

Sehubungan dengan itu Pihak Jabatan Amal kawasan Kota Bharu menjemput sukarelawan Green-V untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.

LELAKI SAHAJA :)

Jika anda berminat, sila hantarkan NAMA, NO TEL dan KAD PENGENALAN ke Hotline Green-V :
019 969 0659

Ikhlas Membantu !
:: Akan Datang ! ::
"KOTA BHARU GREEN ATTACK"

Anjuran Green-V

dengan kerjasama
MPKB-BRI

seramai 500 sukarelawan telah mendaftar untuk menyertai program ini
akan dirasmikan oleh Dato' Takiyuddin bin Hassan

Tempat : Padang Merdeka dan sekitar bandar Kota Bharu
Masa : 8.00 pagi

T-shirt dan Persegaran disediakan !

Jom sama2 meriahkan program ini !

ikhlas membantu !



::skUad baNjiR::
ting tong!

~mesej masuk~

"TAHNIAH! anda terpilih untuk menyertai skuad banjir Green-V pada tut tut tut...."

maka terpilihlah kami berlapan yang terdiri daripada Amirul,Mike,Mirwan,Tia,Afwa,Insmah, Salamah dan Nuraini sebagai wakil ahli sukarelawan Green-V untuk membantu mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir SMK Mulong. Kami berbesar hati kerana dipilih untuk menyumbangkan tenaga dalam misi kemasyarakatan ini.

tepat jam 1100 keesokan harinya kami berkumpul di Stadium Sultan Muhamad ke-IV untuk diberi taklimat oleh Tuan Hazli yang merupakan salah seorang sukarelawan bergerak aktif dalam membantu mereka yang memerlukan. Kami diberitahu sedikit sebanyak mengenai keadaan sebenarnya yang berlaku di Kelantan mengenai banjir berlaku. Kami amat berbangga kerana dapat mengetahui mengenai perkembangan semasa yang berlaku pada waktu itu.
seusai taklimat, kami diberi pilihan untuk memilih samaada ingin di hantar ke Tumpat atau Mulong.

memandangkan kami masih baru menceburkan diri dalam aktiviti sedemikian rupa, kami memilih kawsan yang berdekatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak di jangka berlaku. selepas itu jam 1200 kami bergerak sebagai satu kumpulan menuju ke Pusat Pemindahan terbabit. kami dimaklumkan pada hari berkenaan hanya tinggal 91 orang sahaja dek cuaca bertambah baik. jam 1245 kami tiba di kawasan tersebut.

kami menghubungi Koperal daripada pejabat polis Nilam Puri untuk memaklumkan pergerakan kami. Beliau menyuruh kami bertemu dengan penghulu kampung Encik Azman. beliau membawa kami bertemu dengan mangsa banjir. kami kurang bernasib baik kerana ramai mangsa banjir pulang ke rumah sementara untuk mengemas rumah yang di naiki air. hanya golongan wanita dan kanak-kanak sahaja berada di tempat pemindahan itu. kami mengambil peluang bertanya keadaan mangsa banjir. selain itu kami juga mengumpul kanak2 dan bermain dengan mereka selain memberikan nasihat dan motivasi agar mereka dapat melupakan kejadian banjir yang merupakan kali pertama di kampung mereka.

jam 1300 kami turun ke tempat memasak dan membantu kaum wanita memasak makanan untuk mangsa banjir. pelbagai lauk pauk disediakan seperti ayam goreng, sardin dan sayur.
selepas itu kami bersama2 mangsa banjir meluangkan masa bersama-sama makan tengahari.
sambil makan kami berbual rancak bertanya keadaan mereka. kami sempat bertanya keadaan seorang nenek yang menghidapi barah tulang. kami amat bersimpati terhadapnya yang terpaksa mengharung banjir walaupun dalam keadaan sakit.

pelbagai ragam dan kerenah penduduk kampung kami sempat berkenalan. kami amat gembira kerana dapat menambah pengalaman baru yang jarang di dapati. kami berharap program ini akan berterusan dan dibuka peluang kepada sukarelawan lain.

jam 1600 kami semua berangkat pulang setelah ramai mangsa banjir pulang akibat cuaca semakin pulih pada waktu petang.


IKHLAS MEMBANTU!